fbpx

Ibu, anak meninggal akibat Covid-19 selang 2 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waris terdekat membacakan doa ketika proses pengebumian 10 jenazah Covid-19 di tanah perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Kisah tragis melanda sebuah keluarga apabila dua ahli keluarga meninggal dunia selang dua minggu akibat Covid-19.

Perkara itu dikongsi Norhazlin Mat Keranji, 36, apabila sepupunya, Norazira Jamal, 37, meninggal dunia pukul 4 petang Selasa lalu sebelum dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Katanya, ibu kepada Norazira iaitu Sarimah Sarip, 54, menemui illahi lebih awal pada dua minggu lalu.

“Norazira disahkan positif Covid-19 pada 8 Julai lalu sebelum kesihatannya merosot pada sembilan hari kemudian dengan mengalami cirit-birit yang teruk.

“Semasa menghubunginya pada Ahad lalu, arwah mengadu dia sering kali sesak nafas namun mampu bergerak.

“Saya beritahu arwah supaya kuatkan semangat melawan virus tersebut memandangkan dia masih muda lagi,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Norhazlin memberitahu, kesihatan sepupu terus merosot apabila mengadu badannya semakin lemah dan sesak nafas pagi Selasa lalu sebelum suami arwah membawanya untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) di sini.

“Virus Covid-19 menyerang salur pernafasan arwah begitu pantas dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang hari sama,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI