fbpx

50 anggota bomba padam kebakaran kilang minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba melakukan kerja overhaul bagi memadamkan kebakaran di sebuah kilang di Sungai Jawi, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Kira-kira 50 anggota bomba terlibat bagi memadamkan kebakaran dan proses mengawal saki-baki bara dalam kejadian kebakaran sebuah kilang menyimpan minyak kelapa sawit di Sungai Jawi, Nibong Tebal di sini hari ini.

Difahamkan setakat malam ini, usaha overhaul atau memadamkan kesan kebakaran sepenuhnya masih dijalankan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, kerja-kerja overhaul di kilang berkeluasan kira-kira 4,150 meter persegi itu mengambil masa lama disebabkan terdapat bara api di bawah timbunan sisa buah kelapa sawit.

“Ia bagi mengelakkan api merebak semula dan setakat malam ini, kerja overhaul masih berbaki kira-kira 40 peratus.

“Anggaran kemusnahan dalam kejadian itu adalah kira-kira 70 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi yang dijalankan oleh kira-kira 50 anggota dan pegawai itu membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal sambil dibantu BBP Sungai Bakap, Perai, Jalan Perak, Bayan Baru, Bandar Perda serta Kepala Batas.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, kebakaran sebuah kilang penyimpanan minyak sawit di Sungai Jawi, Nibong Tebal tengah malam tadi menggemparkan penduduk sekitar apabila api yang sedang marak dilihat menjulang ke udara.

Bomba menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul pukul 12.34 tengah malam tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI