fbpx

Caprice sedia pertahankan diri di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE memberi respons terhadap penjelasan Ebit Lew hari ini.

PETALING JAYA – Konflik antara Caprice dan Ebit Lew ibarat kilat sambung-menyambung.

Terbaharu, penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan Caprice memaklumkan, jika terpaksa mempertahankan diri di mahkamah, dia sanggup berbuat demikian.

Pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu menerusi satu hantaran status panjang lebar dalam Instagram berkata, dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan isu bersama Ebit Lew dan mengharapkan mencapai kata sepakat demi kebaikan bersama dan keamanan Palestin.

“Sebelum naik kapal terbang lagi, team leader (ketua pasukan) sudah bagi tahu awal-awal itu (Palestin) tempat perang ada risiko yang kita tak akan pulang.

“Sebelum naik kapal terbang lagi, saya sudah niat dan sedia untuk rugi dunia janji tak rugi akhirat. Dan hari ni, kita sudah rasa benda itu.

“Saya minta maaf kalau anda terluka, kalau boleh saya tak mahu memanjangkan perdebatan ini, saya hanya mahu bersatu dan mencapai kata sepakat demi keamanan Palestin,

“Kalau perlu saya pertahankan diri di mahkamah, saya akan buat perkara itu dengan bimbingan Allah,” kata Caprice yang terkenal dengan cogan kata ‘Bang Bang!’ itu.

Ujar Caprice, 33, lagi, walaupun masih cetek dalam soal agama, dia tidak akan berbohong apatah lagi melibatkan Islam.

“Sebagai individu, saya banyak buat dosa dan banyak lagi kena belajar tentang agama. Saya berharap anda tahu yang saya tidak akan pernah berbohong atau sebar fitnah apabila melibatkan kemajuan Islam dan umat agama ini,” katanya menujukan perkara tersebut kepada semua pihak di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), wakil rakyat, pelajar dan tempat perkongsian visinya selama ini.

“Saya minta maaf dengan cara saya waktu terlalu emosi, tetapi selama ini kita memang bagi sokongan 300 peratus kepada Tuan Nadir (Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman) di Gaza dan Ustaz Ebit Lew.

“Insya-Allah kalau bukan di dunia, kita jumpa di sana (akhirat). Saya doakan untuk Ebit Lew dan pasukannya walaupun misi kita ke Gaza sangat berbeza.

“Sekiranya kita tidak dapat menenangkan diri antara kita, apatah lagi di Palestin,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Caprice yang kini masih berada di Mesir mengakui situasi dilalui sekarang adalah perjalanan paling sukar untuk dirinya tetapi tetap akan diteruskan sehingga ke akhir hayat.

Isu tercetus apabila dia mendedahkan tegurannya kepada Ustaz Ebit Lew susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat di media sosial.

Dia yang berangkat ke Mesir untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza bulan lalu sepatutnya membuat pendedahan mengenai kisah di sebalik kontroversi itu semalam, bagaimanapun dibatalkan disebabkan laporan polis oleh Ebit.

TANGKAP layar respons Caprice terhadap apa yang diperkatakan Ebit dalam siaran langsung IG Live petang tadi.

Terdahulu, menerusi muat naik status InstaStory, Caprice seperti memberi kata-kata berbaur sindiran terhadap pendedahan yang dilakukan pendakwah bebas berkenaan menerusi IG live (siaran langsung) tengah hari tadi.

“Kalau benda kecil pun boleh tipu, apa lagi benda besar. Insya-Allah, peguam saya sudah memberi saranan supaya tidak menerangkan satu per satu lagi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI