fbpx

HSA beri kerjasama siasatan video makan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video menunjukkan sekumpulan individu menikmati durian dipercayai berlaku di Dewan Jubli Intan, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) akan memberi kerjasama dengan siasatan yang akan dijalankan pihak polis berhubung video tular sekumpulan individu menikmati durian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Jubli Intan, Jalan Ayer Molek, di sini Ahad lalu.

Pengarah HSAJB, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, pihaknya mengambil serius berhubung dakwaan beberapa individu kesihatan yang telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, pengoperasian PPV di Dewan Jubli Intan telah bermula pada 20 Jun lalu dan petugas di PPV sentiasa diingatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan keselamatan bagi menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.

“Antara perkara yang diingatkan kepada petugas di PPV ialah jauhi kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempit dan elakkan bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.

“Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan HSAJB akur dan akan memberi kerjasama dengan siasatan yang akan dijalankan oleh pihak polis berhubung perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu tular video berdurasi 26 saat yang memaparkan kira-kira 20 individu berkumpul di bahagian tepi dewan dipercayai PPV Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim untuk memakan durian.

Turut kelihatan beberapa petugas kesihatan termasuklah wanita berpakaian seragam jururawat dalam video yang tular itu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI