fbpx

Sejam tangkap ular sawa agresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Kuala Selangor menunjukkan ular sawa batik yang berjaya ditangkap lebih sejam di sebuah tokong di Jalan Raja Musa, Kuala Selangor, awal pagi tadi.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter di sebuah tokong di Jalan Raja Musa di sini, awal pagi tadi.

Kesulitan itu dihadapi berikutan reptilia jantan seberat 20 kilogram (kg) tersebut bertindak agresif ketika operasi tangkapan dilakukan kira-kira pukul 1.42 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada penjaga tokong itu.

Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati ular tersebut berada di tempat meletak kayu tokong tersebut.

“Ular itu didapati bertindak agresif dan membelitkan tubuhnya pada kayu sehingga terpaksa mengambil masa lebih sejam dengan menggunakan alat penjerut.

“Reptilia itu kemudiannya telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Shaiful Azril, pihaknya menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri terutama berdepan dengan ular yang boleh memudaratkan diri termasuk keluarga.

“Orang awam yang mempunyai kes kecemasan boleh menghubungi kes talian kecemasan 999 atau Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Selangor di talian 03-32896225,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI