fbpx

Cikgu ‘jadian’ balas WhatsApp pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan WhatsApp diantara seorang murud dan individu yang menyamar sebagai seorang guru.

PETALING JAYA – Menerima pesanan atau masej dari orang yang tidak dikenali merupakan perkara biasa yang orang ramai hadapi, namun satu pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pelajar kepada individu ini mencuit hati warganet.

Tangkap layar satu pesanan di aplikasi WhatsApp yang tular di laman sosial menyaksikan seorang pelajar yang ingin memaklumkan kepada cikgunya berkenaan tugasan yang diberi.

Difahamkan pelajar berkenaan telah menyiapkan tugasan tersebut, namun pemakluman yang ingin dituju kepada cikgunya itu tersalah dan dihantar kepada individu lain.

Apa yang melucukan apabila individu tersebut turut membalas pesanan terbabit seolah-olah dia adalah cikgu yang sebenar.

“Waalaikumusalam, kalau awak dah siap awak boleh terus sambung page 47-48 juga,” balas individu tersebut.

Perkara itu mendapat perhatian warganet dan menyifatkan tindakan individu tersebut satu tindakan yang melucukan dan bersahaja.

“Masuk neraka tau tipu budak-budak nerd (skema) macam tu, dah macam cikgu betul arahan dia. Mesti budak tu main buat je lepas ini, ye la arahan cikgu,” jelas Mok Roh Cun.

“Aku pun pernah kena macam ni, ada budak tersalah WhatsApp tanya nak beli motor LC dengan harga RM200, aku balas,’ dik buat motor sendiri dengan tepung gandum, murah pun murah,” jelas Saiful Saifullah Rani. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI