fbpx

Waris pesakit Covid-19 digesa segara tuntut wang ihsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Redzuan Md. Yusof

PUTRAJAYA – Waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia digesa segera membuat permohonan tuntutan wang ihsan RM5,000 kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, seramai 1,033 waris sudah menerima Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 membabitkan pembayaran berjumlah RM5.17 juta setakat 1 Julai lalu.

Katanya, bantuan khas itu disalurkan sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung waris mangsa wabak itu.

“Bantuan tidak boleh disalurkan sekiranya tiada permohonan yang dibuat dan saya menyeru waris mangsa untuk datang membuat tuntutan.

“Kerajaan mahu bantu kurangkan beban waris kerana mungkin yang meninggal dunia adalah ketua isi keluarga,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seri Seroja di sini hari ini.

Mohd. Redzuan berkata, jumlah waris itu merupakan sebahagian daripada kes kematian yang sudah mencecah 7,440 kes di negara ini sehingga semalam.

Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 adalah bantuan sekali bayar sehingga kadar maksimum RM5,000 diberikan kepada waris individu yang meninggal dunia akibat Covid-19. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI