fbpx

Boleh bertemu keluarga jika lengkap vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu kerajaan sedang memperhalusi cadangan supaya pasangan jarak jauh yang lengkap dua dos vaksin akan diberi kelonggaran bertemu keluarga mereka.

Katanya, dia sering membawa isu tersebut dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan selepas mengambil kira keluhan dan komen-komen netizen di media sosial mengenai isu pasangan jarak jauh.

“Melihat kepada komen-komen yang diberikan netizen di media sosial, saya dapati ramai yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibu bapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.

“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia. Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya, kelonggaran dicadangkan diberi kepada ibu bapa yang sudah menerima dua dos vaksin.

“Insya-Allah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula,” katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI