fbpx

Misi cari kanak-kanak disambar buaya diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat meneruskan pencarian kanak-kanak lelaki disambar buaya Sungai Kinabatangan.

Oleh IIVAN AMIRUL

KINABATANGAN – Seramai 35 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi meneruskan usaha pencarian kanak-kanak lelaki dipercayai disambar buaya ketika mandi di Sungai Kinabatangan berhampiran Kampung Mubibbah Hujung semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan, Kapten Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, tiga bot bersama dua bot orang kampung melaksanakan pencarian yang sudah memasuki hari kedua.

“Kita juga mendapat bantuan bot daripada JHL dan Sawit Sabah untuk usaha pencarian, namun masih belum menemui mangsa,” katanya kepada pemberita menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu,mangsa, Asmin Abdullah, 8 tahun, dikatakan mandi sambil menemani bapanya menurunkan perahu di sungai itu sebelum disambar seekor buaya dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI