fbpx

Disko di balai: Ketua balai positif dadah ditahan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ketua balai polis yang ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kelmarin ekoran berparti liar dalam balai polis dikenakan tindakan tahan kerja bermula hari ini.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, tindakan dilakukan selepas ujian saringan air kencing mendapati anggota polis berusia 55 tahun itu positif dadah jenis ganja.

“Justeru itu, polis berpangkat sub inspektor tersebut direman dua hari untuk siasatan lanjut.

“Manakala tujuh individu lain yang terdiri daripada tiga anggota polis dan empat wanita (orang awam) yang ditahan bersama ketua balai itu telah dibebaskan dengan jaminan polis,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, siasatan akan dijalankan JIPS selari dengan perbuatan salah laku dan pelanggaran tatatertib oleh empat anggota berkenaan dan tidak akan sekali-kali berkompromi dengan perbuatan yang mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Tegas beliau, siasatan kes itu turut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Terdahulu, lapan individu termasuk ketua balai polis bersama tiga anggotanya berparti bersama empat wanita yang juga orang awam di sebuah balai polis dalam daerah Kajang ditahan JIPS Bukit Aman, kelmarin.

Dalam serbuan pukul 6 petang itu, ketua balai polis yang berpangkat sub inspektor bersama dua anggotanya berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan ditahan ketika berhibur sambil dipercayai mengambil minuman keras dan air ketum dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan. – K! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI