fbpx

Barang hilang di Hospital Ampang telah ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan kehilangan barangan peribadi milik arwah bapanya semalam.

PETALING JAYA – Barangan peribadi yang dilapor hilang di Hospital Ampang oleh seorang pengguna Twitter semalam telah dijumpai dan akan dituntut pemiliknya, hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan melalui akaun Twitter rasminya berkata, pihak Hospital Ampang telah memberi maklum balas berhubung isu tular tersebut.

“Barang peribadi tersebut telah dijumpai dan akan dituntut pihak waris @TiraSahar. Alhamdulillah,” katanya hari ini.

Terdahulu Pengarah Hospital Ampang, Dr. Kasuadi Hussin berkata, pihaknya mengambil berat mengenai isu kehilangan barangan peribadi pesakit yang dilaporkan berlaku di wad Hospital Selayang.

“Pihak Hospital Ampang mengambil berat tentang isu tersebut dan siasatan sedang dijalankan Hospital Ampang sentiasa berusaha memberikan perkhimdatan terbaik.

Segala kesulitan yang timbul berhubung perkara ini amatlah dikesali,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hospital tersebut hari ini.

Semalam, pemilik akaun Twitter bernama @TiraSahar memuat naik satu hantaran mempersoalkan kehilangan barangan arwah bapanya ketika dirawat di hospital berkenaan dan telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Arwah ayah pergi dengan beg galas. Tuntut barang arwah ayah di Hospital Ampang dapat telefon bimbit sahaja.

“Saya sudah buat laporan polis. Kad pengenalan ayah tiada. Beg tiada. Musykil mana pergi semua barang ayah,” tulisnya dalam hantaran tersebut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI