fbpx

Haris ajak jaga haiwan peliharaan dengan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Haris memberi makanan kepada kucing mengundang perhatian netizen.

JARANG sungguh hendak melihat golongan selebriti berkongsi maklumat atau menyebarkan kesedaran mengenai haiwan, asyik vaksin sahaja.

Namun, itu yang dilakukan oleh Haris Ismail. Dia mencuri perhatian netizen terutama pengguna Instagram apabila menyuarakan kesedaran mengenai nikmat memberi makanan kepada haiwan.

“Sekiranya anda melihat haiwan terutamanya kucing dalam keadaan lapar, berilah makanan kepadanya jika berkesempatan.

“Hal ini kerana Allah SWT pernah mengampuni kesalahan manusia hanya kerana dia dengan tulus memenuhi keperluan haiwan itu,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Bagus juga Haris berkongsi ilmu atau pengetahuan yang jarang diketahui umum seperti ini. Tidaklah asyik bercerita tentang masalah dunia sahaja.

Lebih menarik perhatian, Haris juga dilihat kerap memuat naik koleksi foto kucing dalam Instagramnya. Pencinta haiwan rupanya suami Neelofa ini. Namun setahu Mizz Lahar, Neelofa sangat takut dengan kucing, terbalik pula ya.

Sesekali golongan artis perlu juga sebarkan tentang sesuatu yang jarang diketahui umum. Selain ilmu berkaitan agama, trivia-trivia menarik juga ada bagusnya.

MIZZ LAHAR: Betul ke Neelofa sedang hamil? Kalau benar, janganlah simpan rahsia terlalu lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI