fbpx

Atlet Uganda hilang sudah ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SSEKITOLEKO bertindak melarikan diri dan sempat meninggalkan sekeping nota bertulis untuk mencari peluang pekerjaan di Jepun susulan kesusahan hidup di negaranya. – UGANDA PRONTO

TOKYO – Seorang atlet angkat berat Uganda, Julius Ssekitoleko yang bertindak ‘cabut’ lari dari kem latihan Sukan Olimpik Tokyo berjaya ditemui selepas empat hari di sebuah hotel di Yokkaichi kelmarin.

Ssekitoleko menimbulkan kontroversi sebelum ini apabila bertindak melarikan diri dan sempat meninggalkan sekeping nota bertulis untuk mencari peluang pekerjaan akibat kesusahan di negaranya.

Ssekitoleko yang disahkan tidak melepasi syarat ke Sukan Olimpik dan diarahkan pulang ke negaranya, namun hilang ketika rakyat Jepun bimbang terhadap risiko jangkitan Covid-19 selepas ribuan orang asing tiba di negara itu bagi menyertai Sukan Olimpik.

“Hari ini, kami telah mene­muinya di wilayah Mie tanpa sebarang kecederaan dan dia juga tidak terlibat dengan jenayah. Dia masih memegang kad pengenalan dan mengakui dirinya telah melarikan diri.

“Bagaimanapun, kami masih belum tahu ke mana atlet ini akan dihantar sama ada ke pasukannya semula atau kedutaan,” kata seorang pegawai polis di Osaka yang enggan dikenali.

Dalam sekeping nota yang dijumpai di biliknya itu turut meminta agar barang-barangnya dikirimkan pulang ke Uganda, kata seorang pegawai di kota Izumisano di wilayah Osaka, tempat pasukan itu berlatih.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri Uganda, Henry Okello Oryem memohon maaf atas insiden tersebut kepada Kerajaan Jepun dan pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh kepada atletnya itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI