fbpx

Skuad terjun negara sedia serap tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD terjun negara sudah bersedia beraksi dan memburu pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun nanti. – MSN

PERASAAN takut, gemuruh mahupun tertekan pasti sedang dirasai setiap atlet seluruh dunia yang bakal ­beraksi pada temasya Sukan ­Olimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai secara rasmi pada esok hari.

Bagaimanapun, bagi penerjun negara, Leong Mun Yee pula menggangap tekanan tersebut kini menjadi sebahagian pembakar semangat kepada kontinjen negara untuk menjelmakan pi­ngat pada temasya terbesar sukan dunia itu.

Skuad terjun bersama basikal dan badminton diletakkan sandaran untuk meraih pingat pada temasya sukan yang berlangsung bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Mun Yee yang membuat penampilan kelima pada temasya Olimpik mengakui, sasaran yang diletakkan memberi sedikit tekanan, tetapi dia dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk berjuang.

Biarpun sudah merasai suasana kolam di Pusat Akuatik ­Tokyo ketika bertanding pada kejohanan Piala Dunia FINA Mei lalu, namun ia tetap mengha­dirkan perasaan berbeza buat skuad terjun negara.

“Diletakkan sasaran pingat kali ini, tanpa mengira warna pingat mungkin memberi sedikit tekanan tetapi kami sudah bersedia. Saya sendiri telah menetapkan sasaran untuk mendapatkan pingat dua tahun lalu dan memang bekerja ke arah itu.

“Hari pertama tiba sedikit letih, mungkin kerana perjalanan yang agak jauh dan hanya tidur tiga jam lebih dalam kapal terbang. Bagaimanapun, kea­daan rasa semakin baik keesokan harinya.

“Isnin kami hanya berlatih di gimnasium sebelum turun ke kolam pada esoknya dan semuanya berjalan dengan baik di sini,” kata Mun Yee yang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.

Empat acara dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Tokyo de­ngan menawarkan lapan pingat emas untuk kategori lelaki dan wanita yang bakal bermula pada 25 Julai hingga 7 Ogos.

Selain Mun Yee, empat lagi rakan sepasukannya, Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng Yan Yee, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong turut bersaing di temasya ber­kenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI