fbpx

Cuaca lebih panas, kering hingga pertengahan September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Negara pada masa ini berada dalam Monsun Barat Daya dan dijangka akan berterusan sehingga pertengahan September tahun ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, semasa Monsun Barat Daya angin lazimnya bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah sekali gus menyebabkan cuaca panas dan kering.

“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini. Sehubungan itu kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding berbanding hari hujan.

“Bagaimanapun, hujan lebat beserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di Pantai Barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi,” kata MetMalaysia dalam kenyataan akhbar hari ini.

Tambah MetMalaysia, tiada gelombang haba berlaku di Malaysia setakat hari ini dan jabatan itu sentiasa melakukan pemantauan status gelombang haba di seluruh negara dari semasa ke semasa.

“Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai, tiada kawasan di negara ini terdedah dengan gelombang haba.

“Stesen meteorologi MetMalaysia tidak merekodkan suhu melebihi 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI