fbpx

Wanita warga emas hilang ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemukan di tebing Sungai Lubuk Telor dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

LIPIS – Seorang wanita warga emas yang hilang daripada rumahnya di Kampung Tanjung Jati di sini sehari sebelum Hari Raya Aidiladha ditemukan maut hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, mayat mangsa Zaradah Othman,72, ditemukan oleh penduduk kampung pada pukul 5.45 petang.

“Mayat mangsa ditemukan di tebing Sungai Lubuk Telor kira-kira satu kilometer daripada rumahnya.

“Pengecaman telah dibuat oleh suami mangsa yang mengesahkan mayat tersebut adalah isterinya yang hilang,”katanya di sini, hari ini.

Mangsa yang tinggal bersama suami dan seorang anak perempuannya dilaporkan hilang pada 19 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat oleh anaknya semalam.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, warga emas itu mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, penglihatan kabur serta memerlukan bantuan untuk bergerak.

Susulan itu polis bersama bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) memulakan operasi pencarian sejak semalam dan disambung hari ini termasuklah menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan.

Menurut Azli, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan siasatan masih dilakukan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI