fbpx

[KEMASKINI] “Saya tidak buka tabung, semua guna duit sendiri”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit (tengah) ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas selesai membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, dekat sini sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew hari ini menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa individu adalah tidak benar dan bersifat fitnah semata-mata.

Menurutnya, tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali sekali gus menyangkal dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

“Segala pertuduhan itu tidak benar, saya ada bukti. Hari ini, saya buat laporan polis dan polis minta saya agar tidak memanjangkan lagi isu ini.

“Jadi, saya serahkan kes ini kepada peguam untuk tindakan selanjutnya sama ada untuk saman malu atau sebagainya. Selagi pegawai penyiasat belum rakam percakapan, saya tak boleh bercakap lebih-lebih hari ini.

“Lagi satu saya nafikan bahawa saya tidak membuka satu pun tabung untuk Gaza, semua kerja amal saya ke sana guna duit saya sendiri,” ujarnya kepada pemberita sebentar tadi.

Terdahulu beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 6.15 petang dengan kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih dengan diiringi dua buah kenderaan lain.

Jelasnya, laporan polis itu dibuat berkisar kepada dakwaan yang dibuat oleh Caprice atau pemilik nama sebenar, Ariz Ramli dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Sementara itu, Datuk Hasnal Rezua Merican selaku peguam yang mewakili beliau berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan jika wujud unsur-unsur fitnah berbentuk jenayah terhadap anak guamnya.

“Kita akan mulakan tuduhan sivil kepada mana-mana pihak yang mengulangi fitnah terhadap anak guamnya dan akan heret mereka yang tidak bertanggungjawab ke mahkamah,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara penyanyi rap, Caprice yang ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Ia disusuli dengan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang menuduh Ebit menggunakan syarikat Hala yang mengenakan bayaran mahal bagi membolehkannya memasuki Palestin. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI