PETALING JAYA – Sebanyak empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini sehingga 5 Ogos hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti berkenaan ialah Taman Merpati, Sandakan, Sabah manakala tiga lagi di negeri sama iaitu Felda Jengka 12, Jerantut; Kampung Belangkap, Rompin dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, Pahang.
Menurut beliau, dua lagi lokaliti yang dijadualkan tamat PKPD esok dilanjutkan sehingga 5 Ogos depan iaitu Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan dan Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929