KOTA TINGGI – Kelibat buaya yang muncul di Sungai Sayong di sini mengundang rasa bimbang dalam kalangan nelayan yang mencari rezeki di sungai terbabit.
Seorang penduduk, Jasni Amat, 44, berkata, nelayan bimbang dengan kehdiran buaya di Sungai Sayong dan kawasan sekitarnya kerana kerap ternampak reptilia itu di sepanjang Ulu Sungai Johor sejak dua bulan lalu.
“Bukan setakat di Jeti Kampung Orang Asli, buaya juga kerap timbul di Sungai Telor sehingga ke Ulu Sungai Sayong.
“Kami (nelayan) amat bimbang dan takut ia akan mengganas. Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini di sungai inilah kami mencari rezeki.
“Mungkin habitat asalnya musnah kerana kerja perlombongan, jadi reptilia itu datang ke sini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Panti, Hahasrin Hashim berkata, beliau telah melakukan tinjauan di sungai berkenaan.
“Aduan telah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah untuk tindakan segera,”katanya.
Sementara itu, Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terhadap laporan tersebut. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929