fbpx

Beratur panjang demi beriani kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerima beratur panjang untuk mendapatkan beriani kambing di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Kira-kira 150 gelandangan di sekitar pusat bandar raya ini termasuk di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini sanggup beratur panjang dalam cuaca panas semata-mata untk mendapatkan nasi beriani kambing yang diedarkan secara percuma hari ini.

Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat usia tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan istimewa itu yang diagihkan Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil di sini.

Jawatankuasanya, Jamil Kader Gani berkata, selain gelandanga, pihaknya turut mengedarkan nasi beriani kepada 1,500 individu termasuk petugas barisan hadapan, pelajar tahfiz, warga emas dan anak yatim menerusi penganjuran tahunan program Ibadah Korban.

“Memandangkan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi ibadah korban pada tahun ini, aktiviti penyembelihan dilakukan di pusat penyembelihan ternakan di Kulim, Kedah.

“Sebanyak 12 ekor kambing ditumbangkan semalam dan telah dimasak hidangan nasi beriani untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan,” katanya kepada Kosmo!.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI