SEPANG – Kelonggaran bagi individu lengkap dua dos vaksin yang akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu ini amat dinanti-nantikan termasuk pertimbangan pembukaan sektor sukan bagi membolehkan industri itu beroperasi semula.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau yakin dan optimis kelonggaran terhadap sektor sukan tidak terkecuali daripada diberikan kepada individu lengkap suntikan vaksin.
“Kita sedia maklum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan bahawa perkara itu (kelonggaran) diumumkan selepas Hari Raya Haji, mungkin dalam minggu ini.
“Kita nak buka gimnasium semula, begitu juga penganjuran program dan liga-liga tertentu namun bergantung kepada jumlah pemberian vaksin dan saya lihat pemberian vaksin di sekitar Lembah Klang amat menggalakkan, jadi ini mungkin ada tumpuan khusus selepas ini,” katanya.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929