fbpx

8 premis tanpa lesen diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis tidak berlesen yang dikenakan tindakan penutupan oleh MPK.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Kegiatan lapan premis yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di Jalan Haji Sirat di sini,mengundang padah apabila diarah tutup serta-merta semalam.

Perkara itu dikesan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang menjalankan Operasi Kilang Tanpa Kebenaran Di Zon Kediaman di sekitar kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 10 pagi.

Tindakan penguatkuasaan itu diambil ke atas lapan premis yang masing-masing membuat tingkap dan pintu besi, kerja kejuruteraan, gudang dan kilang pembungkusan.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, operasi dilakukan hasil maklumat pihaknya berhubung aktiviti premis tanpa lesen di lokasi tersebut.

“Pemantauan lanjut kemudian mendapati lapan premis menjalankan perniagaan secara tidak sah atau tiada memperoleh sebarang lesen daripada MPK.

“Justeru, notis pemberhentian aktiviti tanpa lesen diberikan kepada kesemua premis yang diarah menutup operasi perniagaan serta merta,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Operasi berakhir pukul 12.30 tengahari itu disertai Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Bangunan, Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Komunikasi Korporat MPK. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI