fbpx

Kasut brog berlian berharga RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasut, tali pinggang dan jaket kulit jenama House of Borgezie mengandungi emas dan berlian. – MailOnline

LONDON – Seorang pereka fesyen dari Britain melancarkan koleksi kasut brog yang disulam dengan berlian dan emas serta dijual pada harga £200,000 (RM1.2 juta), lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Pengasas jenama House of Borgezie, Christopher Shellis, mengambil masa tiga tahun untuk menghasilkan kasut tersebut dengan meletakkan perincian berlian 18 karat dan emas 18 karat.

“Setiap pasang kasut disulam secara terperinci dengan berlian berkualiti 18 karat yang diletakkan ke dalam strukturnya.

“Pada satu bahagian kasut, terdapat platinum dan berlian fleur-de-lis, yang merupakan motif signatur dalam rekaan Shellis,” katanya.

Tambahnya, rekaan tersebut turut mengandungi emas 18 karat yang dijadikan pelapik kaki bagi memberikan kelebihan kepada pemakai untuk sentiasa berjalan di atas emas.

“Akhir sekali, tali kasut pada kedua-dua belah mengandungi tips platinum dan berlian yang menambahkan lagi reka bentuk mewahnya,” ujarnya.

Shellis sebelum ini pernah menghasilkan tali pinggang yang disulam dengan platinum dan berlian serta dijual pada harga £60,000 (RM346,544).

Rekaan-rekaan tersebut diinspirasikan dari era emas permulaan pertabalan Ratu Elizabeth I pada tahun 1558. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI