fbpx

Pelajar lelaki pakai skirt tanda protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Copp (tengah) dan rakan-rakannya memakai skirt pendek kerana sekolah mereka melarang pemakaian seluar pendek ketika cuaca panas. – SWNS

LONDON – Sekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah di England memilih memakai skirt wanita sebagai bantahan kepada larangan memakai seluar pendek ketika musim panas, lapor akhbar The Sun, semalam.

Seorang pelajar, Adrian Copp, 15 berkata, dia dan rakan-rakannya memakai skirt yang berharga £8 (RM46) bagi memprotes polisi uniform sekolah yang disifatkan sebagai ketinggalan zaman.

Menurut peraturan sekolahnya, Sekolah Poltair, pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai seluar pendek meskipun ketika cuaca panas terik yang melanda Britain pada ketika ini.

Bagaimanapun, pemakaian skirt pendek adalah dibenarkan, namun pihak sekolah tidak menyatakan secara spesifik bahawa peraturan tersebut tertakluk kepada jantina perempuan atau lelaki.

Disebabkan itu, Copp dan rakan-rakannya menggunakan ‘kelonggaran’ itu untuk memakai skirt bagi sepanjang minggu ini.

“Saya berasa lebih sejuk dan nyaman selepas memakai skirt. Memakai seluar panjang ke sekolah dalam cuaca panas terik seperti sekarang amat tidak selesa.

“Kami cuma mahukan setiap pelajar termasuk pelajar perempuan diberikan pilihan untuk memakai seluar pendek dalam cuaca panas terik yang melanda negara sekarang ini,” ujarnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN