fbpx

Keluarga dikuarantin, warga emas maut seorang diri di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba membantu mengangkat jenazah Rohana yang ditemui di dalam bilik air di rumahnya di Bukit Punggur, Alai, Melaka, pagi tadi.

MELAKA – “Anak lelakinya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, suami pula di wad biasa selepas disahkan positif Covid-19, saya tidak tahu bagaimana nak beritahu mereka ‘Mak Ngah’ sudah ‘tiada’,” kata Norazlina Md. Daut, 45.

Katanya, ibu saudaranya itu, Rohana Ramli, 74, ditemui telah meninggal dunia di dalam bilik air oleh sepasukan bomba yang menjalankan operasi penyelamatan kira-kira pukul 9 pagi tadi di Bukit Punggur, Alai, di sini.

Jelasnya, mangsa tinggal berseorangan setelah suaminya dimasukkan ke Hospital Melaka, manakala anak lelakinya sedang dirawat di ICU selepas kedua-duanya disahkan positif Covid-19.

“Kali terakhir saya dapat berhubung dengan Mak Ngah (Rohana) kira-kira pukul 11 pagi semalam, selepas itu saya ada hubunginya pada petang tetapi panggilan tidak berjawab sehinggalah malam.

“Bimbang dengan keadaan Mak Ngah, pagi tadi saya terus hubungi talian kecemasan meminta memeriksa keadaannya kerana sebelum ini Pak Ngah, anak lelakinya dan menantu serta dua cucu lelaki positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI