fbpx

‘Malulah Malaysia’ – Sharnaaz tegur ‘perang Palestin’ Caprice, Ebit, Nadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ AHMAD sekali lagi menegur situasi yang berlaku terhadap Caprice dan Ebit Lew yang menampilkan pendedahan terbaharu daripada Nadir Al Nuri.

PETALING JAYA – “Saya tak bijak bab agama, tapi Islam (unite) bersatu bukan dalca.”

Itu antara teguran sesama Muslim daripada pelakon Sharnaaz Ahmad berhubung isu ‘Palestin’ yang pada mulanya melibatkan Caprice dan Ustaz Ebit Lew namun kini turut berkait dengan seorang lagi rakyat Malaysia yang tinggal di semenanjung Gaza, Nadir Al-Nuri.

Sharnaaz atau nama lengkapnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, adalah lebih molek segala permasalahan diselesaikan dengan baik bukan dicanang dalam media sosial.

“Apa pun, bincang elok-elok. Tak payah buat pendedahan dalam media sosial begini.

“Yang buruk orang kita juga. Malulah nama Malaysia. Siapa salah, siapa betul tak payah jadi tontonan sekalian alam.

“Yang salah bubuh dalam lokap, yang betul teruskan perjuangan. Selesai,” kata Sharnaaz, 36.

Bapa kepada Jebat Jayden Ahmad itu mengakui, pernah bertindak melulu seperti Caprice sewaktu usia muda.

“Saya bercakap melalui pengalaman. Masa muda, selalu buat macam Caprice buat tapi saya ‘level’ peringkat negeri sahaja, dia (Caprice) peringkat dunia.

“Kepada Nadir, Ebit Lew dan Caprice, duduk berbincang. Berkomunikasi, memaafkan dan bersatu. Tolong Islam, bukan merosakkannya. Sebab kalian semualah Islam disayangi, jangan sebab kalian juga, Islam dibenci mata luar.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia tidak mahu mengambil tahu pun siapa salah, siapa benar. Apa yang penting, ketiga-tiga individu terbabit membawa nama Malaysia dan Islam.

“Kalau tanya saya, tak mahu tahu pun siapa salah. Yang saya nak tahu, tiga-tiga bawa bendera Malaysia dan harumkan nama Islam dan Malaysia.

“Cukup itu permintaan saya. Saya sayang Caprice dan Ebit Lew tapi dua-dua tak bagi saya ‘fridge magnet’ (pelekat magnet),” luah Sharnaaz penuh bermakna seraya berseloroh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI