GEORGE TOWN – Pandemik Covid-19 tidak menghalang pihak pengurusan masjid tertua di negeri ini, Masjid Kapitan Keling di Jalan Buckingham di sini menghidupkan tradisi korban kambing sejak lebih 100 tahun lalu sempena Hari Raya Aidiladha semalam.
Pengerusinya, Faruk Raja Mohamed berkata, lazimnya sebanyak 100 ekor kambing disembelih pada setiap tahun bagi diagihkan kepada orang ramai dan asnaf di sekitar masjid.
“Pada tahun ini sebanyak 72 ekor kambing yang diamanahkan orang ramai kepada pengurusan masjid disembelih di sebuah pusat ternakan di Kulim, Kedah semalam.
“Kami berpuas hati dengan proses itu dan bersyukur kerana dapat membantu umat Islam melaksanakan ibadah korban ini mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita hari ini.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929