fbpx

‘Kahwin hujung tahun, tapi tahunnya tak tahu bila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZO OMAR bersama anaknya Maryam.

PETALING JAYA – Heboh dikhabarkan bakal menamatkan zaman duda menjelang hujung tahun ini, pelakon Fizo Omar tampil dengan penjelasan terbaharu bahawa agenda tersebut sebenarnya masih tiada hujung pangkal, sekali gus menafikan berita yang sedang diperkatakan ramai.

Tidak menyangka kata-katanya dianggap serius, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar mengakui apa yang dimaklumkan dalam Instagram baru-baru ini sekadar gurauan buat para peminat.

“Eh, tiadalah nak kahwin hujung tahun ini. Saya sekadar bergurau sahaja. Mungkin benar kahwin hujung tahun, tetapi tahun bila, saya sendiri pun tak tahu.

“Kalau jodoh dah betul-betul dah nak sampai, saya akan maklumkan kepada semua orang. Setakat ini, belum lagi. Apapun, saya mohon doa daripada orang ramai untuk kembali membina masjid. Insya-Allah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Terdahulu, Fizo, 35, memuat naik satu hantaran status Instagram bersempena dengan hari ulang tahunnya yang ke-36 tahun. Dalam status berkenaan, pelakon drama popular Adellea Sofea itu seperti memberi bayangan ingin menamatkan zaman dudanya hujung tahun ini.

“Sebelum semua tanya bila nak kahwin, Abe Joe jawab siap-siap. Insya-Allah hujung tahun,” katanya.

Fizo yang kini digosipkan bercinta dengan pelakon Azar Azmi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Abdul Karim.

Fizo dan Mawar berkahwin pada 2013 namun bercerai 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI