fbpx

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah pada Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Ebit di Facebook mengenai surat ucapan takziah dari Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bapa kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew pada 13 Julai lalu.

Ebit menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook beliau berkata, beliau menerima surat titah takziah bertarikh 15 Julai itu ketika dirinya amat merindui kedua ibu bapanya yang telah tiada di dunia ini.

“Rasa bersyukur sangat. Menjunjung kasih Tuanku. Rasa bersyukur kerana Tuanku selalu memberi semangat dan doa selama ini. Bahagia dapat mesej kata semangat dan doa.

“Daulat Tuanku. Semoga Allah angkat Covid-19 dari negara kita dan pulihkan keadaan negara kita insya-Allah,” tulisnya dalam hantaran yang baru dimuat naik sebentar tadi.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim itu menyatakan, Seri Paduka Baginda berdua serta seluruh warga Istana Negara dengan penuh rasa dukacita menghulurkan salam takziah kepada seluruh keluarga Ebit atas kehilangan bapa tercinta, Allahyarham Ibrahim Lew.

“Bersama-sama kita memohon ke hadrat Allah SWT agar dicucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

“Istana Negara turut berdoa semoga ustaz dan seluruh ahli keluarga tenang dan tabah menghadapi dugaan yang berat ini,” tulisnya dalam surat berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI