PETALING JAYA – Tinggal 13 jam sahaja lagi sebelum tarikh permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off tahun 2021 akan ditutup.
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, terdapat 18,702 kekosongan seluruh negara dan penempatan pula bermula Oktober secara berperingkat.
“Kita sebarkan untuk peluang rezeki bakal guru baharu.
“Calon yang berminat diingatkan untuk memohon, menghantar mengemas kini maklumat permohonan melalui di pautan https://myspp.spp.gov.my serta mengemukakan dokumen sebelum 21 Julai 2021, 11.59 malam,” katanya di laman Twitter hari ini.
Layari laman sesawang rasmi SPP https://spp.gov.my/hebahan.html untuk maklumat lanjut. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929