PETALING JAYA – Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria halal menganjurkan kempen I am Back In Action bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan masyarakat tentang prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan untuk bagi menjaga tahap kesihatan terbaik.
Pengurus Kanan Produk Antabax, Fiona Huang berkata, Kempen #imBAXinAction akan melibatkan beberapa siri program bagi memberikan keyakinan dan perlindungan kepada masyarakat dalam norma baharu ini.
“Kempen ini melibatkan sesi pengagihan Penyembur Pensanitasi Tangan Antabax kepada individu yang telah mendapatkan suntikan vaksin.
“Kami juga akan bekerjasama dengan peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Bhd. (KPJ),” katanya dalam kenyataan.
Menurut Huang, pengagihan sumbangan melibatkan empat hospital pakar Kumpulan tersebut iaitu KPJ Tawakkal KL, KPJ Selangor, KPJ Ampang Puteri dan KPJ Damansara.
Selain itu, semburan pensanitasi tangan juga akan disediakan di Sunway Putra Mall bagi orang ramai yang mendapatkan vaksin di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Sebelum kempen ini, Antabax telah bergerak aktif bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan institusi pendidikan swasta dalam mendidik masyarakat umum tentang kepentingan kebersihan tangan menerusi penganjuran pelbagai kempen.
Ini termasuk kempen Tangan Bersih, Hidup Sihat, yang mana syarikat berpeluang mendidik lebih dua juta rakyat Malaysia cara yang betul untuk membersihkan tangan mereka.
“Apabila Covid-19 menjadi pandemik, kebersihan tangan menjadi lebih penting. Kami telah menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk-produk pembersihan dan pensantiasi tangan dalam tempoh setahun setengah lalu,” ujarnya.
Sementara itu, Antabax juga menganjurkan pelbagai peraduan menerusi laman sosial dan memberikan ganjaran berupa baucar Shopee sepanjang tempoh kempen.