fbpx

Roger, Cut dikecam membazir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROGER DANUARTA dan Cut Meyriska saat meraikan hari lahir anak mereka, Shaquille.

PASANGAN selebriti Roger Danuarta dan Cut Meyriska dikecam netizen atas tuduhan tidak menghargai makanan dan membazir ketika menyambut ulang tahun pertama kelahiran anak mereka, Shaquille Kaili Danuarta, baru-baru ini.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi dalam Instagram milik Roger, kelihatan Shaquille bergambar dalam sebuah bekas berisi susu coklat yang dicampur dengan biskut dan bijirin.

“Selamat hari lahir sayang. Semoga kamu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang terbaik. Ibu dan ayah sentiasa mendoakan kamu,” ujar Roger pada kapsyen gambar tersebut.

Bagaimanapun, perkongsian foto tersebut ternyata mendapat reaksi kurang senang dalam pengikut Instagramnya apabila ada mendakwa pasangan suami isteri itu tergamak membazirkan makanan begitu sahaja ketika musim pandemik.

“Kasihan kepada mereka yang kelaparan. Mengapa dilakukan makanan seperti itu?” ujar seorang netizen.

Namun, terdapat juga segelintir pengguna membela pasangan tersebut dengan memberitahu bahawa apa yang dilakukan mereka adalah atas urusan peribadi dan tergantung kepada pandangan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI