LIPIS – Seorang lelaki maut selepas lori treler dipandunya yang membawa muatan kayu terbabas dan terbalik di Kilometer 7 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Institut Pendidikan Guru (IPG) Lipis di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd Khairudin Abas, 33, dalam perjalanan menghantar kayu dari sebuah kilang di Padang Tengku di sini ke Klang, Selangor.
“Apabila sampai di tempat kejadian yang berselekoh lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan menyebabkan lori berkenaan terbalik.
“Akibat kejadian mangsa yang tersepit di dalam lori mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.
Menurut Azli, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929