fbpx

Produk Medisana pantau tahap kesihatan diri di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Medisana Malaysia (Medisana) optimis terhadap dua produk keluarannya, Pulse Oximeter dan Blood Pressure Meter dapat membantu pelanggan mengetahui tahap kesihatan pada peringkat awal.

Pakar Perunding Kardiologi iHeal Medical Centre, Dr. Wong Teck Wee berkata, melalui pemantauan tersebut, pelanggan dan doktor mengetahui dengan tepat catatan tekanan darah, glukosa, suhu badan, nadi, degup jantung dan kadar pernafasan.

Menurut beliau, Pulse Oximeter hanya memerlukan pengguna memasukkan jari ke dalam Pulse Oximeter dan ia akan membantu mengesan oksigen dalam darah.

“Jika seseorang mengalami masalah pernafasan, alat ini berkemungkinan membantu dan tahap ketepuan oksigen dalam darah normal bagi seseorang yang sihat sekitar 95-100 peratus.

“Blood Pressure Meter pula membantu mengesan tekanan darah tinggi lebih awal dan juga Thermometer bagi memantau perubahan suhu dalam badan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Teck Wee menjelaskan, syarikat juga menganjurkan kempen ‘Pemantauan Kesihatan Bermula dari Rumah’ dan mengadakan pertandingan secara online yang menawarkan hadiah set Covid Care Trio .

Peraduan berlangsung selama tiga bulan bermula pada 15 Julai hingga 14 Oktober 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI