PETALING JAYA – Seorang penghulu di sebuah kampung di daerah Pasir Putih, Kelantan terpaksa menolak motosikalnya apabila kehabisan petrol ketika memantau perkembangan kampungnya.
Menurut satu klip video yang dikongsi melalui laman Facebook hari ini, seorang penghulu dikenali sebagai Abang Lan terpaksa menolak motosikal ketika memantau keadaan kampungnya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mengikut kepada percakapan perakam video terbabit, Abang Lan akan memantau keadaan semua penduduk kampungnya setiap hari menggunakan motosikal Honda C70nya dan akan memastikan segala keperluan mencukupi.
“Kebetulan pagi ini saya nak ke kedai, terserempak dangan penghulu. Dia memang cakna pada penduduknya, dari pagi lagi dia dah buat kerja.
“Kuat sangat buat kerja sampai motosikal habis minyak pun dia sanggup tolak dan masih menanyakan kabar penduduk lain,” jelas perakam video tersebut.
Dalam pada itu, orang ramai memuji sikap penghulu tersebut, Osman Hasan berkata, tidak ramai penghulu yang berjiwa seperti itu dan diharapkan agar penghulu lain turut melakukan perkara sama.
“Kebanyakan penghulu lain baja padi pun dia ‘sakau’ tapi penghulu ni lain. Tahniah kepada penduduk kampung itu dapat penghulu macam ni,” jelasnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929