fbpx

Lelaki ditahan miliki syabu berhampiran PKPD Pangsapuri Bukit Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar ( dua kanan ) ketika menemani Arjunaidi ( dua kiri ) sewaktu meninjau PKPD Pangsapuri Bukit Tinggi 1.

KLANG – Seorang lelaki ditahan kerana memiliki sepeket syabu seberat 0.6 gram berhampiran sebuah blok di Pangsapuri Bukit Tinggi 1 yang kini dikenakan Perintah Kawasan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditangkap pukul 10.20 pagi ketika rondaan dilakukan di kawasan kawad berduri PKPD itu.

“Suspek dikatakan dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan menemukan satu peket plastik lutsinar disyaki syabu di genggaman tangan kanannya.

“Berat dadah itu adalah 0.6 gram dan suspek kemudiannya dibawa ke bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Klang Selatan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, beliau menemani Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dalam meninjau pelaksanaan PKPD di pangsapuri tersebut.

Pangsapuri Bukit Tinggi 1 di Jalan Batu Nilam di sini yang dikatakan seluas empat hektar dikenakan PKPD bermula 18 hingga 31 Julai depan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI