fbpx

Semangat Farah Ann terus membara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARAH Ann dan Tracie telah mengambil keputusan bersara daripada arena gimrama dan Malaysia perlu menghantar muka-muka baharu pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam bulan depan.

ATLET gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi dilihat bersemangat ketika turun menjalani latihan pertama di Tokyo, Jepun semalam, namun mengakui perlu membiasakan dengan cepat de­ngan peralatan yang disediakan.

Pada saingan Olimpik Tokyo nanti, atlet berusia 27 tahun itu akan bersaing dengan ja­guh dunia termasuk atlet gimnastik Amerika Syarikat (AS), Simone Biles dan Sunisa Lee serta beberapa atlet Rusia dan China sekali gus menyaksikan saingan cukup mencabar.

Meskipun tiada sasaran yang diletakkan kepada Farah Ann, namun Kementerian Belia dan Sukan mahu kesemua 30 atlet negara yang layak ke pentas Sukan Olimpik memperagakan aksi cukup baik dan berjuang habis-habis untuk mengharumkan nama Malaysia.

“Aparatus (peralatan) sa­ngat luar biasa tetapi berbeza dengan yang di rumah (Malaysia), jadi memerlukan sedikit masa untuk membiasakannya,” katanya menerusi Instagram miliknya semalam.

Farah Ann muncul selaku atlet gimnastik artistik pertama Malaysia yang layak ke Olimpik dalam tempoh 17 tahun selepas menamatkan sesi kelayakan disiplin all-around individu pada Kejohanan Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman di tempat ke-16 daripada 20 gimnas.

Ia sekali gus menyaksikan Farah Ann muncul gimnas ketiga negara layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada 2000 (Sydney) dan Ng Shu Wai pada 2004 (Athens).

Dalam pada itu, atlet gimnastik artistik lelaki negara, Jeremiah Loo Phay Xing dilihat bersedia untuk memulakan cabaran di pentas sulung temasya Sukan Olim­pik Tokyo.

“Selesai untuk latihan pertama di Tokyo dan sesi yang baik untuk memulakan saingan ming­gu ini,” katanya.

Jeremiah menjadi gimnas lelaki kedua negara membuat kemun­culan di Olimpik selepas sejarah dilakar Ng Shu Wai yang layak ke Sukan Olimpik Athens, Greece pada 2004.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI