fbpx

Mourinho diramal bakal ditendang keluar dari Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO diramal berdepan kesukaran di Roma menyebabkan beliau mungkin akan dipecat lebih awal. – AFP

ROM – Ketua jurulatih AS Roma, Jose Mourinho dan pengendali baharu Inter Milan, Simone Inzaghi antara dua individu yang diramal bakal dipecat paling awal dalam saingan Serie A musim ini.

Bekas pengendali Fiorentina dan Lazio, Delio Rossi merasakan kedua-dua jurulatih berpe­ngaruh itu dijangka berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan tekanan dan jangkaan tinggi terhadap mereka.

Ketika ditanya jurulatih mana antara yang awal bakal dipecat, Rossi dengan penuh yakin menjawab ‘Mourinho’ beserta alasan beliau tahu bagaimana suasana kerja bersama Roma.

Mourinho, 58, yang menandatangani kontrak tiga tahun bersama Roma dan beliau bukan nama asing di Itali kerana pengendali dari Portugal itu pernah menghadiahkan gelaran trebel buat Inter pada 2010.

Selain itu, Rossi juga merasakan Inzaghi akan berhadapan tekanan yang paling tinggi pernah dirasai dalam karier kejurulatihannya selepas mengambil alih tugas bersama Inter.

“Tugasnya dilihat lebih sukar berbanding pengendali terdahulu Antonio Conte. Ini kerana beliau perlu memenangi sekurang-kurangnya satu kejuaraan,” katanya.

Bagaimanapun, Rossi berpendapat pengganti Inzaghi di Lazio iaitu Maurizio Sarri akan menyinar bersama pasukan baharunya itu dengan membawa perubahan daripada formasi 3-5-2 kepada 4-3-3.

“Saya sangat mengenali cara Sarri tetapi ia bukan mudah kerana beliau memerlukan masa untuk membawa perubahan kepada Lazio.

“Mungkin sekarang beliau sedang berusaha ‘membuang’ pemain-pemain yang tiada dalam perancangannya dan kemudian barulah boleh memberikan tumpuan kepada latihan,” jelas Rossi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI