fbpx

West Ham letak harga £100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE menjadi buruan Chelsea sejak musim lalu tetapi West Ham hanya bersedia melepaskan pemain itu dengan nilai yang cukup tinggi. – AFP

LONDON – Chelsea perlu mengeluarkan belanja besar sekiranya mahu mendapatkan khidmat pemain tengah West Ham United, Declan Rice pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Biarpun Rice dikatakan mahu kembali ke Stamford Bridge, namun ia bukanlah semudah yang disangka apabila The Hammers meminta Chelsea membayar £100 juta (RM577.4 juta) bagi melepaskan kaptennya itu.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel dilaporkan sudah berbincang dengan barisan kejurulatihannya berhubung perpindahan Rice, namun harga ‘gila’ yang ditetapkan mungkin menghalang sebarang urusan antara kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, The Blues juga didakwa sedia menawarkan penyerang, Tammy Abraham dalam urusan tersebut memandangkan West Ham sudah lama mengintai peluang bagi mendapatkan penyerang England itu.

Sebelum ini, pengurus West Ham United, David Moyes berulang kali menyatakan beliau tidak mungkin melepaskan Rice selepas mereka berjaya mela­yakkan diri ke saingan Liga Europa musim depan.

Dalam pada itu, Chelsea juga dikatakan sedang mengintai khidmat pemain tengah AS Monaco, Aurelien Tchouameni sebagai alternatif sekiranya gagal membawa masuk Rice pada jendela perpindahan kali ini.

Selain Chelsea, Manchester United juga antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan Rice, namun mereka terpaksa menarik diri apabila baru sahaja membayar £73 juta (RM421.6 juta) kepada Borussia Dortmund untuk Jadon Sancho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI