fbpx

Brunei sekat semua kemasukan dari Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pandangan dari udara menunjukkan Masjid Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan pada 16 Mac 2020. - AFP

BANDAR SRI BEGAWAN – Kerajaan Brunei menangguhkan semua kemasukan individu dari Indonesia bermula kelmarin berikutan lonjakan kes Covid-19 di republik itu, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Menurut Pejabat Perdana Menteri Brunei (PMO), berikutan situasi COVID-19 yang semakin buruk di Indonesia, kelulusan untuk kemasukan warga asing yang berangkat dari atau melalui Indonesia,  ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Arahan ini turut berkuatkuasa ke atas perjalanan masuk semua warganegara asing yang berangkat dari atau melalui mana-mana lapangan terbang di Indonesia (penerbangan terus) atau melakukan perjalanan dari Indonesia ke Brunei melalui transit di lapangan terbang lain.

PMO turut menambah bahawa penangguhan sementara itu juga dikenakan ke atas warga negara asing yang telah mendapat persetujuan untuk memasuki Brunei dari Indonesia.

Kelmarin, Indonesia mencatatkan 34,257 kes Covid-19 dan 1,338 kematian baharu, kata kementerian kesihatan negara itu.

Selepas mencatat lapan kes yang diimport dari Indonesia pada Ahad lalu, Brunei melaporkan 14 kes Covid-19 yang disahkan dari Indonesia sekali gus menjadikan jumlah kes nasional menjadi 305.

Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, kes baharu itu melibatkan  warganegara Indonesia yang tiba melalui Singapura pada 12 Julai lepas.

Tiga daripada 14 kes tersebut mempunyai tanda-tanda jangkitan, termasuk selesema dan demam sebelum atau selepas ketibaan mereka, sementara 11 kes lain tidak menunjukkan sebarang simptom.

Siasatan dan mengesahkan tidak ada kontak rapat untuk kes-kes tersebut. Semua pesakit dikesan ketika mereka menjalani proses kuarantin wajib di Pusat Pengasingan Nasional bersama 27 pesakit aktif lain, yang mana semua mereka berada  dalam keadaan stabil. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI