Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR
SEREMBAN – Koroner, Maimoonah Aid yang akan mendengar inkues kematian Nora Anne Quoirin, 24 Ogos ini hadir melawat lokasi kejadian termasuk tempat penginapan dan penemuan mayat remaja berasal Ireland itu.
Beliau tiba di sebuah resort di sini pada pukul 9.15 pagi diiringi tujuh buah kenderaan polis dan bomba.
Mahkamah Koroner Seremban pada 10 Julai lalu menetapkan tempoh dua minggu bermula 24 Ogos depan sebagai tarikh inkues kematian Nora Anne.
Nora Anne dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui sembilan hari kemudian. -K! ONLINE