fbpx

Masjid, surau di daerah Timur Laut patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOFFIAN Santong (tengah) ketika memantau SOP ibadah korban di pangsapuri Alimsah Walley, Lebih Chulia di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Perlaksanakan ibadah korban di masjid, surau dan kawasan perumahan di daerah Timur Laut negeri ini dilaporkan berjalan lancar serta tiada sebarang pelanggaran prosidur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Operasi pemantauan perlaksanaan ibadah korban dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di enam lokasi masjid serta surau di Jalan Perak, Jalan Zainal Abidin dan Masjid Alimsah Walley di Lebuh Chulia.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi dijalankan bagi memantau tahap pemantuhan SOP ibadah korban termasuk solat sunat Aidiladha, ziarah rumah ke rumah dan pusara serta lokasi penyembelihan.

Menurutnya, sebanyak 30 pasukan pemantau akan melaksanakan pemeriksaan di lokasi yang telah dibenarkan menjalani ibadah korban di sekitar daerah itu tahun ini.

“Hasil pemantauan polis di enam lokasi di sini hari ini mendapati kebanyakkannya tiada terkesan dengan seberang pelanggaran SOP yang ditetapkan Majlis Agama Islam dan kerajaan tempatan.

“Seperti yang sedia maklum, had umur yang boleh hadir di lokasi penyembelihan adalah berusia antara 21 hingga 60 tahun dan jumlah petugas pula tidak melebihi 25 orang.

“Kami memahami keadaan orang awam yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan sama-sama berusaha berkorban mengekang penularan jangkitan virus ini,” ujarnya hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI