fbpx

Bersyukur dibenarkan laksana korban ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua petugas memotong tulang rusuk lembu korban sebelum diagihkan kepada penduduk yang layak di pekarangan Masjid Batu Enam, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Tradisi ibadah korban di Masjid Batu Enam di sini yang sudah bermula sejak 30 tahun lalu diteruskan hari ini walaupun secara sederhana dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Wakil masjid berkenaan, Mohd. Akmal Othman, 48, berkata, sebanyak lima ekor lembu ditumbangkan hari ini berpandukan had ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Beliau berkata, meskipun tidak semeriah sebelum penularan wabak Covid-19, penduduk Kampung Batu Enam di sini tetap bersyukur dibenarkan melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

“Sebelum ini, kawasan padang berhampiran masjid ini bagaikan pesta dipenuhi bukan sahaja peserta korban malah kanak-kanak yang mahu menyaksikan upacara korban.

“Begitupun, berikutan pandemik Covid-19, semua program dijalankan mengikut SOP termasuk persediaan dan mesyuarat bersama peserta semuanya dilakukan secara online,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI