fbpx

Tiada subsidi kerajaan jika tolak polisi dua anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kadar kelahiran yang dikawal mampu meningkatkan taraf hidup di negeri Uttar Pradesh, India. - Alamy

NEW DELHI – Pasangan suami isteri di negeri Uttar Pradesh, India akan dipertimbangkan untuk menerima bayaran jika bersetuju mengamalkan polisi dua anak seperti yang dilaksanakan di  China, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Polisi itu dijangka akan dilaksanakan buat pertama kali di India oleh kerajaan negeri Uttar Pradesh. Negeri itu mempunyai 240 juta penduduk.

Kadar kelahiran tinggi di Uttar Pradesh menjadi  penyumbang sebahagian besar pertumbuhan penduduk di India.

Sekiranya negeri itu dianggap sebagai negara, Uttar Pradesh akan menjadi negara yang mempunyai populasi  kelima terbesar di dunia di belakang AS dan Indonesia.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath menerusi ciapan di Twitter pada 11 Julai  lalu mengumumkan rancangan rang undang-undang tersebut (RUU) yang dibuka untuk perbincangan awam hingga kelmarin (19 Julai).

“Peningkatan populasi adalah akar-umbi  masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Kawalan kelahiran penduduk adalah syarat utama bagi pembentukan masyarakat maju.

“Sempena Hari Penduduk Sedunia, marilah kita berjanji untuk lebih peka dengan masalah yang timbul disebabkan peningkatan jumlah penduduk tidak terkawal,” tambahnya.

Bagi mereka yang memilih untuk tidak mematuhinya adalah dilarang bertanding dalam pemilihan badan-badan tempatan dan dilarang menerima apa-apa jenis subsidi kerajaan.

RUU tersebut akan dipindahkan ke dewan perundangan Uttar Pradesh untuk dibaca dan dibahaskan sebelum diluluskan menjadi undang-undang sah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI