IPOH – Satu kawasan menyimpan kenderaan rosak, alat ganti dan longgokan tayar yang terletak di Jalan Bendahara, Pasir Puteh dekat sini terbakar tengah hari tadi.
Kebakaran juga menyebabkan kepulan asap hitam dari lokasi kejadian boleh dilihat sejauh kira-kira empat kilometer dari situ.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 12.57 tengah hari.
Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh telah dikerah ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.
“Sebaik bomba tiba, pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan longgokan tayar serta barangan lusuh iaitu enjin kenderaan dan kepala lori yang diletakkan di satu kawasan.
“Api yang marak menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat ke kawasan berdekatan, bagaimana pun tiada mangsa terlibat,” ujar kenyataan tersebut.
Kerja-kerjapemadaman sedang giat dijalankan yang turut dibantu anggota sukarelawan bomba Pekan Baru, Pasir Pinji dan Mengglembu.
Operasi diketuai PBK II Shahrizala Abu Hanifah. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929