fbpx

Wanita pitam hadiri majlis nikah bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita (dalam bulatan) menangis teresak-esak sebelum pitam di majlis perkahwinan bekas kekasih. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita Indonesia dikecam netizen apabila bertindak menangis teresak-esak di majlis perkahwinan bekas kekasihnya, lapor Suara.com, kelmarin.

Menerusi rakaman video TikTok @arenigustia, seorang wanita dipercayai hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya sebelum mula menangis ketika bergambar dengan pasangan mempelai.

Video itu menunjukkan wanita itu menangis sehingga tersengguk-sengguk lalu terpaksa ditenangkan oleh pengantin perempuan.

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila wanita itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sehingga memaksa orang ramai membawanya turun dari pelamin.

Bagaimanapun, pengantin lelaki hanya mendiamkan diri dan tidak mempedulikan keadaan wanita itu demi menjaga perasaan isterinya.

Rakaman itu mendapat banyak reaksi netizen yang mengecam perbuatan wanita yang dianggap tidak wajar dan biadap.

“Pergi ke majlis orang lalu sengaja menimbulkan kekecohan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Jika tidak tahan perasaan sedih, awal-awal lagi tidak perlu datang,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN