fbpx

Pemuzik cedera perut ditikam penagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Nadzir terbaring selepas cedera ditikam seorang lelaki selepas cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dan jirannya dalam kejadian di Taman Permas Jaya, Johor Bahru, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang pemuzik cedera ditikam dengan sebilah pisau dalam kejadian pergaduhan di Taman Permas Jaya, di sini tengah hari semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 tengah hari itu, mangsa, Ahmad Nadzir Sabtu, 50, cedera pada bahagian perut.

Mangsa baru sahaja pulang ke rumah keluarga dari Kuala Lumpur selepas kematian ayahnya Ahad lalu.

Kosmo! difahamkan mangsa cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dan jirannya.

Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan jirannya itu yang memasak untuk persiapan raya di belakang rumah sehingga mengganggu keluarganya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, susulan laporan yang diterima, polis membuat tangkapan ke atas suspek.

“Lebih kurang pada pukul 2.15 petang, suspek berusia 40-an berjaya ditahan di sekitar kawasan kejadian.

“Suspek disyaki mencederakan mangsa berusia 50-an dengan menggunakan sebilah pisau pada bahagian perut,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Padzli berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Jelasnya, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 23 Julai depan bagi membantu siasatan.

Kosmo! juga difahamkan suspek merupakan seorang penagih dadah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI