fbpx

Individu dikecam kongsi ‘penipuan’ cara balik kampung di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar 'cara penipuan' yang dikongsi seorang individu yang tular di media sosial

PETALING JAYA – Niat ‘murni’ seorang individu berkongsi ‘cara senang’ untuk balik kampung di Facebook mendapat kecaman hebat di laman sosial itu.

Menerusi perkongsian di laman itu, individu tersebut ‘mengajar’ orang ramai cara menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk pulang ke kampung.

“Surat MITI kan ada, syarikat sendiri kan? Nak balik kampung habaq kata kena ‘resign’ keje, tunjuk surat ‘resign’.

“Nak balik rumah habaq kata dapat tawaran kerja, tunjuk surat tawaran ‘settle’. Benda boleh buat apa susah,” katanya pada hantaran di Facebook.

Perkongsian individu tersebut kemudiannya tular di laman Twitter selepas di muat naik pengguna laman itu kelmarin.

Susulan itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa dan berharap agar orang ramai tidak menggunakan ‘penipuan’ untuk balik kampung.

“Orang yang ada ‘privilege’ macam ni lah yang menyebabkan hilang percaya pihak berkuasa pada orang yang betul-betul terkesan, terpaksa balik kampung tunggu sampai kena panggil masuk kerja semula,” caip @Mongka10.

Turut meninggalkan ciap pada hantaran itu adalah @WanSilahuddeen.

“Jenis pentingkan diri sendiri macam ni yang buat kes tak turun-turun,” ujarnya.-K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI