fbpx

China ancam perang nuklear ke atas Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal selam nuklear kelas Jin jenis 094A milik Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) berada di perairan Qingdao, wilayah Shandong di timur China pada 23 April 2019. – AFP

BEIJING – Pegawai-pegawai Parti Komunis China memberi amaran keras akan menggunakan bom nuklear ke atas Jepun sekiranya Tokyo mengganggu pencerobohan Beijing terhadap Taiwan pada masa hadapan.

Menurut akhbar Daily Star kelmarin, Jawatankuasa Perbandaran Baoji iaitu bandar utama di wilayah Shaanxi memuat naik video amaran itu di laman jsosial China, Xigua.

Video tersebut mempunyai judul bermaksud ‘Sekiranya ada campur tangan Jepun dalam usaha menyatukan semula Taiwan, serangan nuklear perlu dilaksanakan segera.’

Ancaman itu sebagai tindak balas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Jepun, Taro Aso awal bulan ini yang berjanji akan mempertahankan Taiwan sekirang wilayah itu diserang China.

“Jika Jepun berani campur tangan dalam usaha membebaskan Taiwan ,maka kami akan mengerahkan askar, pesawat dan kapal perang. Kami akan memulakan perang besar-besaran terhadap negara itu.

“Kami akan menggunakan bom nuklear secara berterusan sehingga Jepun menyerah kalah tanpa syarat

“Kami akan menyerang sehingga Jepun sedar ia tidak mampu membayar harga peperangan ini,” ujar klip video itu.

Meskipun video itu telah dipadamkan dari media sosial, ia sempat mengumpulkan sekitar dua juta tontonan.

Aktivis hak asasi manusia, Jennifer Zeng membuat salinan video itu dengan sari kata bahasa Inggeris dan memuat naiknya di laman Twitter.

“Negara kita (China) berada di tengah-tengah perubahan besar yang belum pernah berlaku dalam satu abad dan semua kebijaksanaan, taktik dan strategi politik perlu disesuaikan untuk melindungi kebangkitan negara kita secara damai.

“Sekiranya Jepun berperang dengan China untuk kali ketiga, rakyat China akan membalas dendam dengan cara paling dahsyat,” kata Zheng.

Video itu diakhiri amaran untuk menghukum Perdana Menteri, Jepun Yoshihide Suga, mantan Perdana Menteri, Shinzo Abe dan Timbalan Perdana Menteri, Taro Aso yang berhasrat merebut kembali Pulau Diaoyu dan Ryukyu yang kini di bawah pemerintahan China. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI