fbpx

Stail rambut Ajay Devgn dapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AJAY DEVGN

PERKONGSIAN foto terbaharu pelakon Ajay Devgn dalam Instagramnya menarik perhatian rakan-rakan selebriti lain apabila memuji gaya potongan rambut aktor tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, suami kepada pelakon, Kajol itu memuat naik gambar daripada pandangan sisi untuk menunjukkan rambutnya yang baru dipotong oleh pendandan rambut terkenal, Aalim Hakim.

Gambar tersebut bagaimanapun mendapat perhatian dan pujian dalam kalangan artis seperjuangan, antaranya Kartik Aaryan, Anil Kapoor, Mahhi Vij, Abhishek Bachchan dan Maniesh Paul yang menyukai gaya potongan tersebut.

“Wow, anda kelihatan lebih muda daripada usia sebenar,” ujar pelakon senior, Anil Kapoor.

“Tidak sangka anda masih kekal kacak walaupun telah berusia,” tulis Abhishek Bachchan pula.

Sebelum ini, Ajay pernah memberi kejutan kepada peminatnya apabila memuat naik foto yang memperlihatkan dirinya kelihatan sangat tua dengan rambut beruban.

Bagaimanapun, imej tua itu adalah sebahagian daripada karakternya dalam sebuah filem komedi berjudul Thank God.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI